Blog platform has change

Posted in Sekretariat Rakan Muda UNISEL on Oktober 24, 2009 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

for the latest update please visit us at

http://srmunisel2u.blogspot.com

Pemberitahuan !!

Posted in Sekretariat Rakan Muda UNISEL with tags on September 10, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

-Karnival Bazaar Ramadhan Rakan Wira Usaha sedang dijalankan sekarang di perkarangan tempat letak kereta FSP, Unisel Bestari Jaya sehingga penghujung bulan Ramadhan

 

-Program Bubur Lambok Bestari akan diadakan di perkarangan masjid Unisel pada 17 h/b September jam 4.30 ptg, semua warga Unisel dijemput hadir dan sebanyak 1000 bungkus bubur lambok akan diagihkan.

 

-Tayangan Filem Hati Malaya akan diadakan di perkarangan Pusat Komuniti Pelajar (coming soon !)

( Sempena Merdeka Ke 51 )

Posted in Sekretariat Rakan Muda UNISEL with tags on September 10, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

Sejarah Bendera Malaysia

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-  Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

__________________________________________________________________________________________________

Upacara Menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu Kali Pertama

 

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.     

 

 

Bendera Persekutuan Tanah  Melayu

 

 

 

Jalur Gemilang

 

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru – Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka. 

 – dipetik dari sumber  CollegePark

Memajukan pelancongan dan penyelidikan di Belum

Posted in Rakan Cinta Alam with tags , on September 9, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

DENGAN usia melebihi 130 juta tahun, Kompleks Hutan Belum Temenggor yang terletak di Gerik, Perak merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia mengatasi Hutan Amazon dan Hutan Congo tetapi masih ramai yang tidak mengenalinya termasuklah rakyat Malaysia sendiri terutamanya di kalangan generasi muda.

Sebagai fakta, kompleks tersebut mempunyai keluasan 300,000 hektar dengan dikelilingi jasad air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum.

Kawasan hutan purba itu bukan sahaja kaya dengan spesies ikan darat, malah dianggarkan terdapat lebih 3,000 spesies pokok, 274 spesies burung, 168 spesies rama-rama, 100 spesies haiwan dan pelbagai lagi spesies yang mungkin belum ditemui wujud di hutan tersebut.

Pada masa ini, Pulau Banding merupakan satu-satunya pintu masuk ke Kompleks Hutan Belum Temenggor.

Pulau Banding Rainforest Research Centre yang berperanan sebagai pemangkin penyelidikan untuk mengkaji kepelbagaian biologi, flora, fauna dan kehidupan akuatik yang ada di Kompleks Hutan Belum-Temenggor.

Program kemasyarakatan selama setahun dijalankan bersama dengan Mercy Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah, Malaysian Medical Association dan Syarikat Educate To Learn iaitu syarikat yang melaksanakan program-program pembelajaran awal kanak-kanak.

WWF Malaysia menjalankan kajian terhadap bilangan harimau yang masih wujud manakala penyelidik daripada FRIM mengkaji tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan hutan itu masih terpelihara untuk digunapakai apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan di kawasan lain.

Dengan adanya kajian perintis ini, ia diharap akan menggalakkan kedatangan lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian khazanah alam yang terdapat di Kompleks Hutan Belum Temenggor demi manfaat manusia sejagat.

– Dipetik dari sumber utusan Malaysia

Kayak Sukan Popular

Posted in Rakan Kecergasan with tags on September 9, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

Kayak yang berbentuk seakan perahu moden dengan rekaan meruncing tajam di kedua-dua hujungnya sesuai untuk dikendalikan sama ada seorang atau lebih jurumudi. Dilengkapi dengan dua bilah pendayung, topi keledar dan jaket keselamatan, aktiviti kayak tidak terhad dilakukan di tasik, malah boleh dilakukan juga di tengah lautan dan sesetengah kayak pula direka khusus untuk aktiviti sukan ekstrim di kawasan berarus deras.

 

Pun begitu, untuk berkayak memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan tangan sebagai jentera utama untuk mendayungkan kayak.Pun begitu, untuk berkayak memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan tangan sebagai jentera utama untuk mendayungkan kayak.

 

Namun, bagi aktiviti santai dan rekreasi cukup sekadar memahami teknik mendayung kayak, selain bijak mengimbangkan kerangka kayak bagi mengelak kayak daripada terbalik. Jangan sesekali panik jika kayak yang dikemudikan terbalik kerana kayak dicipta khusus untuk membolehkan kita keluar secara langsung (sendiri) jika kerangka kayak terbalik.Apatah lagi, jaket keselamatan, yang perlu dipakai seba gai pelindung diri menjamin keselamatan di dasar air.

 

Sukan kayak atau juga dipanggil kenu di Britain dan Ireland, semakin menjadi pilihan ramai masa kini, terutama buat mereka yang menggemari sukan berkaitan air. Bukan saja untuk beriadah malah ramai yang menyertai pertandingan dan mengunggulinya.Nama seperti Pavol dan Peter Hochshorner cukup terkenal dan digeruni dalam sukan ini. Dua beradik ini memenangi memenangi emas dalam acara berpasangan kenu slalom Sukan Olimpik dua kali berturut-turut. Malah, kejayaan di Athens pada 2004 menjadikan Pavol dan Peter sebagai jaguh dalam acara slalom (mata dikira mengikut catatan masa dan check point) hingga sukar untuk ditewaskan lawan. 

 

Malaysia juga tidak terkecuali melahirkan jaguh dalam sukan ini. Fajan Satta dan Norain Idrus adalah antara nama yang memeriahkan sukan ini di peringkat tempatan. Sekalipun tidak sehebat atau belum sehebat atlit sukan ini di peringkat antarabangsa, pembabitan serius mereka dalam sukan ini menunjukkan sukan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

 

 

 

ASAL USUL DIKIR BARAT

Posted in Rakan Seni Budaya with tags on September 8, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

ASAL USUL

(a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Baarat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua=dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

 

(b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, orang-orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

 

(c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun.

 

Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

( Sempena Merdeka Ke 51 )

Posted in Sekretariat Rakan Muda UNISEL with tags on September 5, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

Sejarah Kemerdekaan

Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya.  Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.

 

    Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar  untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur.  Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu.  Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.

 

    Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung.  Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha  ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.